Jaminan 90 Hari – ATS AnakTudungSekolah

ATS | AnakTudungSekolah

Boleh kami bantu anda?

Jaminan 90 Hari ATS

Setiap pembelian dilindungi. Beli dengan tenang, ibu 🤍

Team ATS sedia membantu pelanggan
Team kami sedia bantu anda dengan hati yang terbuka 😊
Tempoh 1

Hari 1 – 14

Jaminan Kepuasan

Saiz, warna, defect. Tukar atau refund.

Tempoh 2

Hari 15 – 60

Jaminan Kualiti

Jahitan, getah, material. Gantian baru.

Tempoh 3

Hari 61 – 90

Sokongan Prihatin

Baucar diskaun sebagai tanda prihatin kami.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat / 9 pagi – 6 petang

Soalan lazim

Saya nak tukar saiz / warna, macam mana?
Produk gantian akan dihantar terlebih dahulu
Pelanggan pulangkan produk asal selepas terima gantian
Kos penghantaran gantian ditanggung ATS
Kos pemulangan ke HQ ditanggung pelanggan

Produk yang dipulangkan mestilah masih dalam keadaan baik, tidak koyak, rosak atau kotor secara melampau.

Produk saya defect / rosak / tersalah hantar?
ATS akan hantar produk gantian baru
Produk bermasalah tidak perlu dipulangkan — boleh disimpan atau diberikan kepada yang memerlukan
Semua kos penghantaran ditanggung ATS
Produk rosak selepas hari ke-15, macam mana?

Tempoh hari 15–60 dilindungi Jaminan Kualiti Produk. Contoh situasi yang dilindungi:

Jahitan terbuka atau tertetas
Getah longgar terlalu awal
Awning rosak secara tidak normal
Kerosakan material atau struktur produk
Tuntutan yang diluluskan: produk gantian baru dihantar
Produk lama tidak perlu dipulangkan
Semua tuntutan tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak ATS.
Produk dah dipakai lebih 60 hari, boleh tuntut tak?

Tempoh hari 61–90 adalah Sokongan Prihatin Pelanggan untuk masalah luar biasa seperti kerosakan yang menjejaskan fungsi utama produk.

Bantuan yang mungkin diberikan:

• Baucar diskaun khas
• Diskaun penukaran

Bantuan pada tempoh ini lebih bersifat sokongan prihatin seperti baucar atau diskaun istimewa, bukan penggantian automatik — namun kami tetap akan menilai setiap kes dengan teliti dan adil.

Macam mana nak buat tuntutan?
1Hubungi Admin Nisa melalui WhatsApp
2Sediakan nombor order / bukti pembelian
3Sertakan gambar atau video masalah produk
4Berikan penerangan ringkas masalah

ATS akan semak dan bantu dengan penyelesaian yang bersesuaian, in shaa Allah.

Boleh refund tak?

Refund boleh dipertimbangkan dalam tempoh 14 hari pertama bagi situasi:

Salah produk dihantar
Produk defect yang serius
Produk gantian tiada stok
Situasi lain yang tidak dapat diselesaikan melalui pertukaran
Nota: Refund melibatkan harga item sahaja. Kos penghantaran asal tidak termasuk. Pelanggan perlu pulangkan produk ke HQ, kos penghantaran ditanggung pelanggan.
Saya beli dari Shopee / TikTok Shop, macam mana?

Proses pertukaran dan refund mungkin tertakluk kepada prosedur platform masing-masing.

Pelanggan juga boleh menghubungi Admin Nisa terus untuk bantuan lanjut sekiranya diperlukan.

Apa yang tidak dilindungi oleh jaminan ini?
Kerosakan akibat penggunaan kasar
Koyakan akibat benda tajam
Kesan terbakar atau bahan peluntur / kimia kuat
Perubahan bentuk akibat cara cucian yang tidak sesuai
Kerosakan normal selepas penggunaan terlalu lama
Kotoran biasa hasil penggunaan harian
Nota penting lain
Semua tuntutan tertakluk kepada semakan pihak ATS
Tuntutan yang mencurigakan atau berulang mungkin memerlukan semakan tambahan
Penggantian produk bergantung kepada ketersediaan stok semasa
Sekiranya stok asal tiada, ATS akan bantu cadangkan pilihan lain yang sesuai
Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa

Alamat penghantaran ke HQ

AnakTudungSekolah (ATS)
ATS Dinamik Enterprise
G117, Season Square,
Jln PJU 10/3, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor
011-20692401 (Admin Nisa)

Dibina Atas Dasar Amanah

Kami percaya rezeki yang baik datang daripada pelanggan yang tersenyum dan berpuas hati.

Terima kasih kerana mempercayai ATS untuk si comel anda.

“Selesa Sepanjang Hari…”

ATS Dinamik Enterprise | anaktudungsekolah.com